1.Bersahaja
si die bersikap bersahaja & x berlakon. Cuba tgk cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa & cara makan dan minum. spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik?? Kadang-kadang, kita dapat kesan yg dia sedang berlakon. tapi,bila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai.
2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersama, xde sikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kat die. Kita tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga rasainya. bila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. x kira siang ataupun malam. :)
3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia xpduli.Dia xkisah sape kita b4 ni. Yang penting, siapa kita sekarang. Biapun dia tau yg kita penah mempunyai kekasih sebelumnya, dia x ambil hati langsung. Yang dia tau, kita adalah miliknya kini. Dia gak sedia berkongsi kisah silamnya. :)
4.Sentiasa jujur
Die xkisah apa yg kita wat asalkn xmenyalahi hukum hakam agama. Kejujuran bukan perkara yg boleh dilakonkan. Kita dapat syaki sesuatu bila dia menipu kita.bila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. bila dia xjujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. :)
5.Percaya Mempercayai
Setiap orang ade rahsia sendiri..bila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? ade pasangann yg rase selamat bila memberitahu rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. :)
6.Senang Bekerjasama
Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. :)
7.Memahami diri kita
stiap couple, mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur.bila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. x kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. :)
8.Tampilkan kelemahan
xde siapa yang sempurna di dunia ini .kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. d Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. :)
9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa. :)
10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. :)

